Monday, July 3, 2017

Ulasan Filem - Guardians Of The Galaxy Vol. 2

nice kan?

Masa aku tengok part 1 dulu, ianya memang agak mengecewakan. Storyline agak merapu dan filem tersebut agak susah untuk dihadam bagi aku. Aku tahu ianya lebih berorientasikan filem cereka angkasa lepas dan elemen-elemen merepek sememangnya harus ada. Star Wars pun banyak merepek juga tapi aku dengan mudah dan segera, agak senang untuk menghayatinya. Namun bagi GOTG Vol. 1 dahulu ianya tidak mencapai standard tersebut.

Tapi situasi agak berbeza dengan Vol. 2 ini di mana ada watak-watak terdahulu yang diberikan penekanan lebih seperti Yondu dan Peter Quill a.k.a. Star Lord. Watak Groot yang comel juga antara daya penarik pada kali ini. Part 1 dahulu aku tak suka sangat dengan watak Groot ni. Mungkin disebabkan ianya boleh dirujuk sebagai watak picisan yang mudah dilupakan.

Dalam Vol. 2 ini pula kita diperkenalkan juga dengan watak Ego, makhluk celestial yang juga ayah kepada Star Lord. Hubungan yang rumit di antara mereka berdua juga adalah penarik kepada filem ini. Apa yang dapat aku katakan, kali ini watak Star Lord diberi penekanan yang menyeluruh. Namun ianya tidaklah sampai meminggirkan watak-watak lain.

Vol. 2 ini cukup menarik dan apa yang penting bagi aku, ianya lebih bagus dari part 1. Elemen humor juga merupakan antara penyedap filem ini yang membuatkan anda benar-benar terhibur sepanjang menontonnya. Watak Drax yang dibawakan oleh Batista itu pun boleh tahan kelakar walaupun hakikatnya Batista bukanlah seorang pelawak. Kalau Bradley Cooper kita sudah sedia maklum. Terbukti sudah yang mamat ni memang kelakar melalui filem The Hangover, walaupun kali ini beliau hanya memegang watak animasi bernama Rocket, seekor rakun bermulut celupar. 

Kesimpulannya, filem ini amat berbaloi untuk anda menonton bersama kawan-kawan serta keluarga di pawagam. Enough said.

7 comments:

  1. The premise sounds interesting. But I will not be watching this movie. I am sick of comics being made into movies.
    Bro! Gua ada request sama lu! Tolong review the movie "The International" (released in 2009, starring Clive Owen and Naomi Watts). Thank you!

    ReplyDelete
  2. kempunan aku tak dapat tengok kat panggung ni...aaarghh

    ReplyDelete
  3. Aku pun tak dpt tengok haritu.kejap sangat masuk wayang.

    ReplyDelete
  4. sama...aku tak boleh hadam yang 1st...berapa kali cuba tengok aku tertidur...nanti aku try yang ni pulak...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...