Monday, May 15, 2017

Ziarah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (28 & 29 April 2017)

"Tengok-tengok buku. Jumpa tokoh-tokoh buku. Pertemuan tidak dirancang di kalangan ulat-ulat buku. Nasib baik tak jadi ulat bulu,"

Setelah hampir seminggu berkursus dan berkampung di akademi yang terletak di Bangi (bukan lokasi sebenar), sudah tiba masanya aku ke tempat yang sudah lama diidamkan. Tempat yang aku maksudkan ialah Putra World Trade Center (PWTC). Ini adalah kerana mulai hari ini bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2017) selama seminggu.

Serius cakap, perasaan aku ketika masuk ke bangunan ini seolah-olah seperti masuk ke sebuah festival muzik yang masyuk-masyuk seperti Woodstock, Reading mahupun Coachella (yang ini aku merujuk kepada status yang pernah ditulis oleh Nami Cob Nobbler sebelum ini). Banyak gila booth yang terdapat di sini. Ya Allah, hasutan syaitan untuk aku berbelanja boros mula menusuk kalbu. Aku betul-betul mabuk melihat lautan buku di sini.

Mula-mula aku singgah booth Fixi. Terbeli la jugak beberapa buku disebabkan terlihat tawaran yang "luarbiasa". Tapi tak ada yang istimewa sangat selain beberapa buku baru yang aku tak kenal penulisnya. Jangan silap, buku-buku baru ni best belaka cuma aku saja yang tak berapa into sangat kepada kebanyakan buku mereka.

Lepas tu terjumpa pula booth Roman X Selut. Mak aih, ini baru tempat aku. Mereka juga ada menjual buku puisi yang sudah lama aku cari seperti buku-buku karya Khoer Jurzani, Aloy Paradoks dan Arafat Hambali. Heaven betul rasa aku. Nak ditambahkan rasa teruja aku pula, tuan Aloy pun ada sekali di booth tersebut. Tak sah kalau tak ambil gambar dengan dia.

Seperti yang telah diwar-warkan dalam page Lejen Press di facebook, ada diadakan sesi penulis Nami Cob Nobbler bertemu bersama peminat. Jadi aku serta sahabat karib aku, Edham (bukan nama sebenar) pun tanpa membuang masa pergilah ke booth mereka. Sesampainya kami di booth Lejen, aku pun belilah novel terbaru Nami yang bertajuk "Natalia". Lepas beli jer aku pun terus ke meja Nami dan minta dia turunkan tandatangan ke buku-buku tulisan dia yang aku beli. Setelah aku bagitau yang aku pernah sumbangkan beberapa cerpen seram aku ke webpage SosialKrew (page ini dikelolakan oleh Nami sendiri), lalu kami pun berborak panjang seolah-olah sudah lama berkawan. Mana tak nya, selalu kami berinteraksi melalui facebook sahaja. Baru hari ini bersua muka.

Selesai sahaja berborak dengan Nami, kami pun pergi ke booth Thukul Cetak dan Dubook. Antara buku-buku yang dalam wishlist aku ialah koleksi buku puisi tulisan T. Alias Taib. Tapi malangnya buku tersebut tidak sempat dibawa ke PWTC atas beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan. Untuk memujuk diri, aku beli ajer la buku-buku apa yang ada. Buku T. Alias Taib tu aku boleh beli secara atas talian lain kali. Takdehal punya.

Nak dijadikan cerita, di booth yang sama juga kelihatan beberapa sosok-sosok yang aku cukup familiar. Aku terjumpa Muthalib Othman, ZF Zamir dan Faisal Tehrani. Apa lagi, aku ambil lah gambar sekeping dua sebagai tanda kenangan. Bolehlah aku jadikan sebagai modal untuk bercerita kepada cucu-cucu aku apabila sudah tua nanti. Haha.

Secara keseluruhan, ini betul-betul paradise buat ulat buku seperti aku. Terfikir juga dalam benak fikiran aku. Kenapalah tak dibuatkan festival buku sebegini di Sarawak, tanah tumpahnya darahku?

Sekadar pendapat aku yang bernilai 10 sen.

 Buat tanda pis di depan poster PBAKL 2017


 Bersama Aloy Paradoks, antara tulang belakang bagi rumah penerbitan Roman X Selut. Beliau juga merupakan seorang artis yang giat di dalam dunia teater.


 Bersama Nami Cobb Nobbler, penulis novel Awek Chuck Taylor dan Natalia. Best betul dapat jumpa peminat Radiohead berhati kental macam dia ni.


 Aku sepatutnya bertumbuk dengan Ejen Ali ni, tapi tak jadi disebabkan saiz badan dia lebih besar dari aku. Cuak siot.


 Bersama Dr. Faisal Tehrani. Novel beliau yang bertajuk "Cinta Hari-Hari Rusuhan" antara buku yang paling aku suka baca semasa zaman remaja dahulu. Masa itu novel tersebut diterbitkan oleh Creative Enterprise, syarikat sama yang menerbitkan majalah Gila-Gila.


 Bersama ZF Zamir, salah seorang penerbit buku yang bernaung di bawah label Thukul Cetak.


 Bersama Muthalib Othman, orang kuat disebalik label Dubook Press serta Thukul Cetak.


 Bersama rakan penulis yang pernah sama-sama berkolaborasi di dalam buku kompilasi cerpen seram yang bertajuk "Lebuhraya" (terbitan SO? Publishing)


 Jangan salah anggap. Aku tengah tanya pasal harga buku. Bukan mintak nombor phone awek tu. Please lah.


Antara rampasan perang dari pesta buku tersebut

 Pada hari keduanya iaitu 29 haribulan April 2017, aku kembali lagi ke PBAKL dalam melunaskan misi yang sama iaitu untuk membeli buku-buku puisi T. Alias Taib. Terserempak pula dengan Asma Nadia, penulis novel "Syurga Yang Tidak Dirindukan". Kelihatan beliau sedang fokus dalam mempromosikan novel-novelnya.


Bergambar kenang-kenangan bersama Asma Nadia. Oh ya, novel yang aku pegang itu memang aku beli khas untuk isteri aku. Maklumlah orang perempuan kan suka novel-novel jiwang macam ni.


Koleksi buku-buku puisi hasil nukilan T. Alias Taib, seorang penyair yang berasal dari Terengganu. Sajak terawal hasil nukilan arwah yang paling aku suka ialah "Status Simbol" yang pernah dideklamasikan oleh Pyan Habib di dalam filem Mat Som.

10 comments:

  1. lagi terkejut kalau tiba2 jumpa senaskah PDAP kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha buku PDAP pernah dijual di pesta buku tapi bukan di sini. kecil-kecilan saja.

      Delete
  2. Untung la dapat pergi...Harap2 la Pesta Buku macam ni dibuat juga di negeri2 lain...

    ReplyDelete
  3. Masa hari kejadian aku kt kedah.megadeth tak pegi pbakl ni pun tak pegi kalo tak bole jumpa kau bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kalau ada rezeki kita boleh mengopi bersama haha

      Delete
  4. Teringin nak pergi tapi kena kerja pula. plan nak p tgk search sekali last2 tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku Search mahal la jugak tapi berbaloi kalau dibeli

      Delete
  5. Satu hari aku nak tulis kehidupan aku "kisah peminat rock n roll band",
    Mungkin hantar kedai pun kedai takut nak cetak
    So aku book binding je la, haha.
    Aku cerita pasal rock melayu, rock omputeh dan sebagainya aku lalui dan tempuhi.
    Aku fotostet dan book binding dua. Saje simpan kenangan aku,

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dibuat dalam bentuk independent boss. takdehal, mesti akan ada orang beli punya.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...