Monday, October 26, 2015

Buku Antologi Cerpen "Pentagram Di Atas Pusara" Kini Sudah Berada Di Pasaran

 Genre: Seram / Fantasi / Dark Comedy

Tauke distro Marhaen Litera sudah mulai membuat promosi buku ini

Hasil kolaborasi antara distro aku Metuk Ulau Underground Voices dengan Marhaen Litera (sebuah distro berpusat di Guar Chempedak, Kedah) maka terciptalah satu produk baru iaitu sebuah buku antologi cerpen yang bertajuk "Pentagram Di Atas Pusara". Distro Marhean Litera ni kalau di sebelah utara semenanjung Malaysia agak dikenali ataupun sinonim dengan penjualan buku-buku mahupun novel yang berbentuk indie seperti keluaran daripada Fixi, Lejen Press, Dubook Press, Kolektif Kidal dan sebagainya. Buku ini juga boleh didapati di distro berkenaan. 

Sebagai mana sebahagian besar kalian sudah maklum, ini merupakan karya sulung aku dalam bentuk penulisan kreatif. Sebenarnya aku masih lagi berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini dan bukanlah sehebat mana pun. Jauh sangat jika hendak dibandingkan dengan penulis-penulis lain seperti Mat Luthfi, Nami Cob Nobbler, Shah Kang (aku suka sangat baca buku travelog mamat Perlis ni), Lokman Hakim (novelis genre fantasi dan suspens yang berasal dari Sibu Sarawak), Ismi Fa Ismail mahupun Ramli Awang Murshid (idola gua sejak dari dulu lagi). Masih banyak yang harus dipelajari. Namun harapnya ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus berkarya. Fingers crossed.

Jika mengikut perancangan, buku ini akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Oktober 2015 nanti bertempat di ruang Buku Jalanan Bintulu yang terletak di Bintulu Car Boot Sale (Lokasi : Terminal Bas 1 Malaysia). Launching ini nanti tidaklah dibuat sebesar mana ataupun terlalu grand. Cukuplah sekadar menjemput beberapa sahabat handai dan beberapa ulat buku dari sekitar Bintulu. Tidak lupa juga buku ini sudah pun dibuat tempahan secara pre-order di dalam facebook. Namun aku tidak lupa kepada rakan-rakan blogger yang sudah menempah awal buku ini. Berikut merupakan nama-nama blogger yang dimaksudkan:

1. Berteromber
2. D'arsil
3. Deaf Angel
4. Rafi
5. PC Kokak

Jika ada rakan blogger yang saya lupa letak namanya pada senarai di atas, sila maklumkan saya lagi. Aku ni seorang yang pelupa. Bukan manusia sempurna huhu. Anda semua boleh hubungi aku di facebook (hanya perlu klik pada link di sebelah kiri blog ini yang ada profile pic Pendekar Mustar tu) ataupun melalui e-mail gautama_81@yahoo.com. Jangan risau, anda hantar sahaja butiran peribadi tuan-tuan dan puan-puan melalui e-mail tersebut seperti nama, alamat serta nombor handphone. Kemudiannya saya akan bagi no. akaun bank untuk tujuan pembelian. Harga buku ialah RM 15 (standard harga 1 Malaysia, tidak ada bias antara semenanjung Malaysia dengan Sabah Sarawak). Kos penghantaran akan diberitahu kelak, samada anda mahu menggunakan khidmat poslaju mahupun pos ekspres. Apa-apapun aku nak ucapkan terima kasih in advance kerana sokongan kalian. Jika ada salah dan silap, sila beri tunjuk ajar dan maafkan aku. Peace!

Mini Entri : Pembikinan lagu-lagu runut bunyi (soundtrack) untuk buku "Pentagram Di Atas Pusara"

Hihi acah sahaja. Koleksi gambar-gambar di bawah ini diambil semasa sesi jamming santai bersama kumpulan Metuk Ulau Project pada sabtu lepas (9 Oktober 2015). Sambil itu, timbul pula idea untuk kasi gimik sikit pada promosi buku ini. Berangan-angan nak buat OST untuk buku. Ingatkan movie sahaja ada soundtrack, buku pun nak jugak. 

 Selepas jamming, MUP pun berposing dengan buku gua ni haha

Jejaka hensem dari MUP. Dari kiri: Azrul, Ijau, Bob dan icon buku ini Korawk

 Ini bukan iklan MLM

Drummer paling hensem sekali dalam Malaysia ni sebab dia pegang buku PDAP haha

7 comments:

  1. Wahh..terbaik la bro.harap murah rezeki selalu.ok jap lagi aku send biodata aku kt email ko..heheh

    ReplyDelete
  2. Aku takde fb, aku email kau nanti.
    i am so happy for you...

    ReplyDelete
  3. idea soundtrack tu boleh diusahakan, memandangkan dah ada beberapa lagu yg belum ada lirik... lg bagus kalau liriknya sinopsis cerita2 dlm buku tu (mcm concept album pulak daaa~)

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...