Sunday, September 28, 2014

Movie Review : Teenage Mutant Ninja Turtles (2014)

Official Movie Poster

Mungkin sebelum ini ada beberapa versi reboot untuk karektor penyu ninja kesukaan ramai (especially kepada bebudak zaman aku kecik dulu) dan ada juga menemui kegagalan dari segi kutipan box office. Ternyata versi tebaru ini tidak mengecewakan. Kesan CGI yang tidak terlalu merapu seperti franchise filem Transformers sebelum ini, jalan cerita yang mudah difahami serta lakonan Megan Fox yang ada variasi (not just being sexy all time, but also with brain). At least kali ini fight scene yang betul2 menarik ialah antara Splinter dgn Shredder! Kick ass!

Official Trailer

P/S: Harap kali ini Michael Bay tak "menghancurkan" watak2 kesayangan ramai ini seperti apa yang berlaku pada movie franchise "Transformers".

Monday, September 22, 2014

Movie Review : Deliver Us From Evil (2014)

Official Movie Poster

Mungkin filem ini tidaklah kreatif mana pun jalan ceritanya, disebabkan ianya diambil dari situasi sebenar (actual event), namun apa yang menjadi tarikan utama filem ini ialah pengenalan semula mengenai alam mistik dari wilayah Parsi (atau lebih spesifik dari tamadun Sumeria). Mungkin sebelum kita hanya terdedah tentang mitos ini melalui filem The Exorcist. Lakonan Eric Bana sebagai Detective Ralph Sarchie juga tidak mengecewakan, malahan ianya menunjukkan bahawa beliau amat versatile dalam membawakan watak tersebut dalam filem genre seram sebegini. Antara filem seram Hollywood yang harus ditonton tahun ini. Rating? 3/5.

Official trailer

Wednesday, September 17, 2014

Carcass : Autopsying Asia Tour 2014 (Live @ Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak)

Unfit For Human Consumption...



Rasanya ramai yang dah tahu pasal event ini, the only show in Malaysia by the mighty Carcass and it will be held in Kuching, Sarawak! Kali no high hopes, but action first. Tiket kapal terbang Air Asia sudah siap dibeli, tapi tiket konsert pulak belum beli (kekangan kewangan disebabkan tengah bulan dan belum payday...pfftt). Apa2pun harap kali ini tak ada lagi isu gigit jari macam pernah berlaku sebelum ini (konsert Metallica, Smashing Pumpking, Morrissey etc). Wish me luck guys!

Semenjak dua menjak ni, kereta aku hanya memutarkan beberapa mp3 Carcass dari album Reek Of Putrefaction sehinggalah ke Surgical Steel (sorry, CD original aku tak ada). Kiranya nak menghafal lirik beberapa lagu yang disukai la haha. Apa2pun kali ini banyak juga rakan2 metalheads dari Bintulu yang akan turut serta untuk menyaksikan konsert Carcass ini seperti saudara Korawk, Rashid dari band Curse Of God, tauke kedai skateboard Slyde N Grind iaitu encik Nasarudin dan ramai lagi. Ada juga terfikir nak buat banner yang bersaiz sederhana sebagai simbolik bahawa Bintulu Metalheads berkumpul semasa konsert itu nanti. Nanti la fikirkan design nya. Apa2pun diharap event ini akan berjaya dan semestinya mampu mengangkat martabat scene muzik ekstrim bawah tanah dari negeri bumi kenyalang kami ini. Until then, In grind we trust....arghhhh!

Carcass - Corporal Jigsore Quandary (Official Music Video) dari album Necroticism - Descanting The Insalubrious.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...